Jumat, 25 Februari 2011

WANITA YANG MULIA DISISI ALLAH SWT


WANITA MULIA.....................
Saya sering kali mendengar keluhan wanita “ mengapa aku di jadikan sebagai perempuan”. Saya juga pernah terlintas di fikiran suatu ketika dahulu “mengapa allah jadikan aku sebagai wanita”. Bagi saya pada waktu itu perempuan ini lemah malah selalu di tindas kaum adam. Tetapi kini, apa yang pernah terlintas di fikiran saya dahulu amat saya sesali. Subahanallah, betapa sekarang saya amat berbangga menjadi seorang wanita malahan bangga digelar kaum hawa. Bagi saya wanita itu mulia di sisi Allah. Percayalah kaum hawa islam tidak pernah menindas wanita malah wanita itu di sering di puja. Hakikatnya mengapa sering kali keluhan yang sering di dengar dari mulut kaum hawa kerna di cipta menjadi wanita. Sedarlah saudaraku betapa hebatnya kedudukan kita sebagai wanita. Islam telah menjanjikan martabat yang tinggi kepada wanita sekiranya kita patuh dan taat padanya. Insyallah semua janji allah itu benar percayalah kaum hawa sebagai wanita kita adalah makhluk yang mudah mendapat ganjaran pahala jika kita beriman kepadanya. Hadis rasulullah SAW menyebut bahawa:Wanita sekiranya dia sembahyang lima waktu, berpuasa di bulan ramadhan, menjaga auratnya serta taat pada suaminya maka pilihlah mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki. ( Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik). Rasulullah menegaskan tiap-tiap wanita yang taat pada suaminya dan menolong suaminya di dalam urusan agama maka masuklah dia ke syurga lebih awal dari suaminya sepuluh ribu tahun kerana di dunia dia memuliakan suaminya maka di akhirat Allah memuliakannya kembali, dengan mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya. Malahan bukan itu sahaja, segala jerih perih isteri yang mengandungkan zuriat suaminya mendapat pengitirafan yang amat tinngi. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Apabila wanita mengandungkan janin dalam rahimnya maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan kepadanya setiap hari seribu kebaikan dan menghapuskannya seribu kejahatan. Rasululah SAW bersabda lagi yang bermaksud:Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatat baginya pahala orang yang berjihad di jalan Allah (perang sabil) dan apabila wanita melahirkan anak maka keluarlah dosa-dosanya dari serpeti ibunya melahirkannya. Subhanallah, maha suci Allah betapa besarnya anugerah yang Allah berikan terhadap kaum wanita. Betapa saya amat kagum dan malu terhadap Allah kerna pernah mempertikaikan kenapa saya di cipta menjadi kaum hawa sedangkan takdir Allah itu ada hikmahnya. Mengikut perspektif islam, wanita adalah perlengkap bagi lelaki sekaligus memelihara kesimnambungan ciptaan Allah SWT. Malah Rasulullah mermatabatkan kaum hawa pada kaca mata islam sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “ dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah adalah wanita yang solehah.” Hadis riwayat muslim. Hadis ini jelas menunjukan betapa islam memandang tinggi terhadap kaum wanita. Di dalam al quran pula wanita di gambar kan dengan tiga fungsi penting:- pertama: wanita di anggap sebagai fitnah dan musuh andainya dia tidak di didik dan di asuh serta di bentuk mengikut acuan islam. Kedua: wanita juga ujian bagi seorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan kearah kebahagian dan kesejahteraan hidup. Ketiga: wanita adalah anugerah yang teristimewa kepada lelaki yang mendambakan kemesraan dan kebahagian hidup.
Islam menganjurkan setiap lelaki yang ingin melangkah kealam perkhawinan agar berhati-hati memilih calon isteri ini kerana kriteria calon isteri itu penting di titik beratkan bagi menjamin keharmornian, kerukunan dan kebahagiaan rumahtangga. Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda: “ janganlah kau nikahi wanita kerna kecantikannya, kelak kecantikannya akan membinasakannya; janganlah kamu nikahi wanita kerna hartanya, boleh jadi hartanya menyebabkan kerdehakaanmu; sebaliknya nikahi wanita yang beragama, sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama, itu lebih baik kepadamu” - hadis riwayat Abdullah ibn Humaid. Hadis ini menjelaskan, aspek keagamaan dalam diri seorang isteri adalah penentu hala tuju sesebuah rumah tangga yang dibina dan dibentuk. Agama yang bertapak kukuh dalam jiwa akan mendorong ketaatan pada suaminya pada semua perkara yang tidak bertentangan dengan perintah Allah dan tidak pula mendatangkan kemudaratan kepadanya. Isteri yang solehah akan menjaga maruahnya dan sewaktu ketiadaan suaminya dia akan menjaga dirinya serpeti tidak keluar rumah tanpa izin suaminya serta tidak menerima tetamu yang tidak di kenali dan sebagainya. Ketaatan seorang isteri solehah ini banyak di pengahruhi oleh firman Allah yang bermaksud “....perempuan yang solehah mestilah taat dan menjaga kerhormatan dirinya semasa ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah....” surah an Nisa ayat 34. Isteri solehah juga adalah isteri yang sentiasa menyempurnakan kerperluan suaminya, disamping sentiasa memelihara keredhaannya pada setiap masa dan keadaan. Ini kerna keredhaan suami merupakan anak kunci utama yang melayakannya menjadi penghuni syurga penuh kenikmatan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “mana-mana isteri yang meninggal dunia, sedang suaminya redha kepadanya, nescaya isterinya akan masuk syurga.” – hadis riwayat Al Hakim dan Tirmizi. 

Yang paling penting isteri yang solehah adalah menjadi pendidik dan pengasuh yang terbaik terhadap anaknya. Anak yang menerima bimbingan yang baik akan menjadi aset yang paling penting bukan sahaja kepada ibubapa malahan kepada masyarakat dan negara.Betapa besarnya fungsi seorang wanita yang bertindak sekaligus sebagai isteri dan ibu solehah dalam sesebuah institusi keluarga. Justeru Allah menganugerahkan ganjaraan syurga bagi wanita solehah yang beriman dan benar-benar melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu dalam kehidupan sehariannya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “ sebaik-baik wanita itu adalah wanita yang melahirkan anak, yang penyayang, yang memelihara kehormatannya, yang mulia pada kaca mata keluarganya, yang menghormati suaminya, menghias diri hanya untuk suami tercinta, memelihara diri dari pandangan orang lain, yang mendengar kata- kata suaminya dan mentaati segala perintahnya. Apabila bersama suaminya dia memberikan apa saja yang di perlukan suaminya dan dia tidak pula menolak ajakan serta tidak merendah-rendahkan atau menghina kedudukan suaminya di hadapan orang lain.” – hadis riwayat Al Tausi.
Sejarah Islam sebenarnya melahirkan ramai personaliti wanita yang mampu menjadi teladan kepada wanita-wanita dewasa ini.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“ ada empat wanita mulia yang menjadi penghulu segala wanita di dunia; mereka itu ialah, Asiah binti Muzahim, isteri firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwalid, isteri Rasulullah SAW; dan Fatimah binti Muhammad, puteri kesayangan baginda.” – hadis riwayat Bukhari.
Asiah adalah simbol teladan kepada wanita yang beriman kerna mempertahankan keimanannya walaupun suaminya ( firaun) di murka Allah kerna tidak beriman. Walaupun hidup sebumbung dengan suaminya tetapi keimanan yang terpahat kukuh di dalam hati dan sanubarinya tidak mampu digoyahkan oleh firaun walaupun diseksa dan dipenjarakan.
Maryam pula adalah simbol wanita dalam ibadahnya dan ketinggian darjat ketaqwaannya kepada Allah serta mampu menjaga kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabadikan diri kepada Allah. Walaupun pelbagai ujian yang beliau hadapi malahan tomahan masyarakat pada masa itu tetapi beliau tetap beriman kepada Allah.
Khadijah pula adalah simbol isteri yang solehah yang setia tanpa mengenal penat lelah mendampingin suaminya menegakkan panji-panji kebenaran islam, berkorban jiwa dan raga serta hartanya untuk suami tercinta serta rela menghadapi pelbagai cabaran dan risiko dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan kepada Rasulullah SAW.
Fatimah pula adalah simbol pelbagai dimensi wanita solehah; anak yang solehah dan taat di hadapan ayahandanya; isteri yang setia dan taat di hadapan suaminya serta ibu yang bijaksana di hadapan putera dan puterinya. Dia juga adalah ketua segala wanita, setiap detik yang beliau lalui wajar menjadi ikutan wanita hari ini.

Selain wanita mulia yang digambarkan diatas, saya juga mengagumi wanita yang tabah dan cekal hatinya malah taat pada suaminya, mereka ialah; Sumaiyah, seorang wanita yang diseksa kerna keimanan yang terpahat hanya Allah dihatinya sehingga sakit seksaan yang di hadapinya tidak terasa bertapa cintanya kepada Allah;
Siti Hajar, seorang isteri yang taat kepada suaminya yang sanggup di tinggalkan di padang pasir tanpa air membawa anaknya Ismail, kerna keimanan di hatinya dan percaya Allah sentiasa berada di sisinya untuk membantunya;
Siti Mutiah, seorang isteri yang solehah dan taat kepada suaminya, wanita pertama yang masuk kesyurga kerna sentiasa mendambakan redha suaminya, beliau adalah wanita yang dipuji Rasulullah dan di kagumi Fatimah;
Rabia’atul Adawiyah, seorang wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam, sejak kecil lagi rabiah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan tinggi serta keimanan yang mendalam. Beliau juga tidak terlepas dari di ujian bertujuan menguji keimanannya, namun dengan limpah hidayah Allah dengan asas keimanan yang belum padam di dalam hatinya, dia dipermudahkan Allah untuk kembali bertaubat.

AKHWAT SEJATI......

AKHWAT SEJATI ITU........
Seorang gadis cilik bertanya pada Ayahnya
“Abi…ceritakan padaku tentang Akhwat Sejati”
Sang Ayah pun menoleh dan tersenyum seraya menjawab
Akhwat Sejati bukanlah dilihat dari kecantikan paras wajahnya, tetapi dari
kecantikan hati yang ada dibaliknya.
Akhwat Sejati bukan dilihat dari bentuk tubuhnya yang mempesona, tapi dilihat dari
sejauh mana Ia menutupi bentuk tubuhnya.
Akhwat Sejati bukan dilihat dari begitu banyak kebaikan yang diberikan, tetapi dari
keikhlasan Ia memberikan kebaikan itu.
Akhwat Sejati bukan dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dari
apa yang sering mulutnya bicarakan.
Akhwat Sejati bukan dilihat dari keahlIannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya berbicara.
Sang Ayah terdIam sembari menatap putrinya
“Lantas apa lagi Abi…?”
Ketahuilah putriku….
Akhwat Sejati bukan dilihat dari keberaniannya berpakaian, tetapi dilihat dari
sejauh mana Ia berani mempertaruhkan kehormatannya.
Akhwat Sejati bukan dilihat dari kekhawatirannya digoda orang di jalan, tetapi dilihat dari
kekhawatirannya yang mengundang orang jadi tergoda.
Akhwat Sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujIan yang Ia jalani, tetapi dilihat dari
sejauh mana Ia menghadapi ujian itu dengan Syukur.
Dan Ingatlah…!!!
Akhwat Sejati bukanlah dilihat dari sifat supelnya dalam bergaul, tetapi dilihat dari
sejauh mana Ia bisa menjaga kehormatannya dalam bergaul.
Setelah itu Sang anak kembali bertanya
“Siapakah yang dapat menjadi kriteria seperti itu Abi…?”
Sang Ayah memberikan sebuah buku dan berkata
“Pelajarilah mereka!!”
Sang anak pun mengambil buku itu dan terlihat sebuah tulisan
“ISTRI PARA NABI”
Meski kita bukanlah salah satu dari Istri Nabi
Tapi meneladaninya adalah sebuah bentuk kecintaan kita terhadap
Allah SWT

PERHIASAN TERBAIK DUNIA ADALAH WANITA SHOLIHAH

Perhiasan Dunia Terindah Adalah Wanita Sholehah...

Sebuah berita gembira datang dari sebuah hadits Rosul bahwa Rosulullah Saw. Bersabda :
”Seluruh dunia ini adalah perhiasan dan perhiasan terbaik di dunia ini adalah wanita yang sholehah.” (HR. an-Nasa’I dan Ahmad)
Di dalam Islam, peranan seorang istri memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan berumah-tangga dan peranannya yang sangat dibutuhkan menuntutnya untuk memilih kualitas yang baik sehingga bisa menjadi seorang istri yang baik. Pemahamannya, perkataaannya dan kecenderungannya, semua ditujukan untuk mencapai keridho’an Allah Swt., Tuhan semesta Alam. Ketika seorang istri membahagiakan suaminya yang pada akhirnya, hal itu adalah untuk mendapatkan keridho’an dari Allah Swt. sehingga dia (seorang istri) berkeinginan untuk mengupayakannya.

Kualitas seorang istri seharusnya memenuhi sebagaimana yang disenangi oleh pencipta-Nya yang tersurat dalam surat Al-Ahzab. Seorang Wanita Muslimah adalah seorang wanita yang benar (dalam aqidah), sederhana, sabar, setia, menjaga kehormatannya tatkala suami tidak ada di rumah, mempertahankan keutuhan (rumah tangga) dalam waktu susah dan senang serta mengajak untuk senantiasa ada dalam pujian Allah Swt.
flower
Ketika seorang Wanita Muslimah menikah (menjadi seorang istri) maka dia harus mengerti bahwa dia memiliki peranan yang khusus dan pertanggungjawaban dalam Islam kepada pencipta-Nya, Allah Swt. menjadikan wanita berbeda dengan pria sebagaimana yang disebutkan dalam ayat Al-Qur’an:
”Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikaruniakan Allah kepada sebagian yang lain. (karena) bagi laki-laki ada bagian dari apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bagian dari apa yang mereka usahakan dan mohonlah kepada Allah sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Segala Sesuatu.” (QS. An Nisaa’ , 4:32)
Kita dapat melihat dari ayat ini bahwa Allah Swt. membuat perbedaan yang jelas antara peranan laki-laki dan wanita dan tidak diperbolehkan bagi laki-laki atau wanita untuk menanyakan ketentuan peranan yang telah Allah berikan sebagaimana firman Allah:
“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukminah, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka.” (QS. Al Ahzab, 33:36)
Karenanya, seorang istri akan membenarkan Rasulullah dan akan membantu suaminya untuk menyesuaikan dengan prinsip-prinsip syari’ah (hukum Islam) dan memastikan suaminya untuk kembali melaksanakan kewajiban-kewajibannya, begitupun dengan kedudukan suami, dia juga harus memenuhi kewajiban terhadap istrinya.
Diantara hak-hak lainnya, seorang istri memiliki hak untuk Nafaqah (diberi nafkah) yang berupa makanan, pakaian dan tempat untuk berlindung yang didapatkan dari suaminya. Dia (suami) berkewajiban membelanjakan hartanya untuk itu walaupun jika istri memiliki harta sendiri untuk memenuhinya. Rasulullah Saw. Bersabda :
”Istrimu memiliki hak atas kamu bahwa kamu mencukupi mereka dengan makanan, pakaian dan tempat berlindung dengan cara yang baik.” (HR. Muslim)
Ini adalah penting untuk dicatat bahwa ketika seorang istri menunaikan kewajiban terhadap suaminya, dia (istri) telah melakukan kepatuhan terhadap pencipta-Nya, karenanya dia (istri yang telah menunaikan kewajibannya) mendapatkan pahala dari Tuhan-Nya. Rasulullah Saw. mencintai istri-istrinya karena kesholehan mereka.
Aisyah Ra. suatu kali meriwayatkan tentang kebaikan kualitas Zainab Ra., istri ketujuh dari Rosulullah Saw.,
”Zainab adalah seseorang yang kedudukannya hampir sama kedudukannya denganku dalam pandangan Rasulullah, dan aku belum pernah melihat seorang wanita yang lebih terdepan kesholehannya daripada Zainab Ra., lebih dalam kebaikannya, lebih dalam kebenarannya, lebih dalam pertalian darahnya, lebih dalam kedermawanannya dan pengorbanannya dalam hidup serta mempunyai hati yang lebih lembut, itulah yang menyebabkan ia lebih dekat kepada Allah”.
Seperti kebesaran Wanita-wanita Muslimah yang telah dicontohkan kepada kita, patut kiranya bagi kita untuk mencontohnya dengan cara mempelajari kesuciannya, kekuatan dari karakternya, kebaikan imannya dan kebijaksanaan mereka. Usaha untuk mencontoh Ummul Mukminin yang telah dijanjikan surga (oleh Allah) dapat menunjuki kita kepada karunia surga.
Abu Nu’aim meriwayatkan bahwa Rasulullah Saw. bersabda :
“Ketika seorang wanita menunaikan sholat 5 waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mematuhi suaminya, maka dia akan masuk surga dengan beberapa pintu yang dia inginkan.” (HR. Al Bukhari, Al Muwatta’ dan Musnad Imam Ahmad)
Wahai Muslimah yang tulus, perhatikan bagaimana Nabi Saw. menjadikan sikap ta’at kepada suami sebagai dari bagian amal perbuatan yang dapat mewajibkan masuk surga, seperti shalat, puasa; karena itu bersungguh-sungguhlah dalam mematuhinya dan jauhilah sikap durhaka kepadanya, karena di dalam kedurhakan kepada suami terdapat murka Allah Swt.
Wallahu a’lam bish showab..